Friday, October 18, 2013

memori

semalam pegi tolong member setting mesin jahit. uhuk, uhuk.. macam terer sgt la plk. haha.. 1st skli jenguk mesin letrik. eh, sama la plk ngn mesin brothers kt rumah mak. skli tekan, brooooommmmm... macam enjin motobot. haha.. terkejut satu rumah. then, da okay masalah mesin tu, shift ke mesin kaki plk. hoho... ini memang menggamit memori. teringat kat auntie...

apa kaba auntie? sihat? auntie yg sentiasa sabar ngaja aku. 3 hari seminggu, kompem terjenguk muka aku depan kedai tu. patutnye, 3 jam je. tapi, relax je auntie suh aku stay sampai 5 jam. auntie jenis tak berkira. yurannya... hmmm.. tapi, untuk 12x sebulan, rasanya berpatutan kut. dan dalam tempoh 4 bulan aku berulang alik ke kedai auntie tu, rasa mcm kagum ngn diri sendiri plk. survive sorg2 pegi blaja menjahit. berdisplin sungguh. tapi, masuk bulan ke-4... surrender. anak auntie take over aja aku. die langsung tak yakin dengan aku. garang plk tu. adoiii... yerla, die g blaja menjahit sampai ke tanah besar China. aku? takde pape pun. dan bulan ke-4 tu jugak, mcm2 masalah timbul psl projek. so, end up, taknak bg serabut kepala, aku pn stop terus blaja mnjahit. cukup masa, packing baju, balik rumah mak...

menjahit tak mudah. nak jahit, kena ada feel. kalau time sekolah ni, jgn harapla ada masa nak jahit. balik dpd sekolah kan byk masa? haha... ckp pakai air liur senangla. cuba buat. dapat tak? badan penat, mata berat. feel? takyah cakap la. mmg takde langsung. klo nak tengok aku hancurkan baju, suruh la aku jahit. kompem tak jadi baju lah. haha..

arini jumaat... agak2 blh tak dapat baju sepasang? hehe.. tengoklah. lab report mintak ditanda. PBS budak pn mintak ditanda. kertas trial mintak disemak. hmmm... mata da berat la. boleh tido dlu tak?

Friday, October 4, 2013

ledang

sambil duk layan river flows in you, sambil duk tengok gmbr. terapi katanya.. hehe.. cantik kan? fascinating view.. khas dari gunung ledang. ini mntk dpd budak. dalam duk heran, nape ak xamk gmbr yg cantik ni, ttbe baru teringt. hanya org yg sampai awl je sempat snap gmbr2 menarik ni. org yg sampai lambat duk cari port nk lepas lelah je. haha.. 


bila tengok gmbr camni, ada rasa mcm nak ada kat sini tak? blh memahami tak jiwa org yg dahaga nk naik gunung mcm ak? rasa penat lelah terbayar ble tengok view cmni. tapi, utk pnjat gunung ledang ni lagi skli... ohhhh... tidak. cukuplah sekali. gunung lain pulak.

Thursday, October 3, 2013

rutin

talipon mak dengan senyuman yg tersungging di bibir.. sementara tunggu mak angkat tepon, sengih2 lagi. haha... dapat je cakap ngn mak...

"mak, de dapat 3 pesak je. hahahaha..."

okay, sila refer pada baju kurung. pesak tu kiri kanan yg kecik tu. patutnyer kena amk 4. tapi, cmn potong ntah. blh dapat 3 je. hahaha... sori la keknas. salah bajet la. ttbe terkurang la plk. aci tak buat baju kurung utk keknas dengan 3 pesak je? hahaha...

baru nk buat benda luar dpd rutin. sangkut la plk.. isy3x.. hilang da skill. asek duk menanda paper je.. :(

Tuesday, October 1, 2013

panjat

panjat lagi... hehe...

aktiviti yang paling best utk dibuat. bukan sebab aku terer memanjat. bukan sebab laju. tapi, sebab kepuasan. satu-satunya aktiviti yang aku takyah nak kuarkan duit banyak. takyah nak dengar orang cakap dan bercakap cz masing2 penat. aktiviti yg aku boleh menerawang. fikirkan pasal benda-benda yang indah in order utk lupakan kepenatan memanjat.

disebabkan itu, aku selalu duduk belakang bila time aktiviti memanjat. sambil memanjat, sambil duk berangan. haha.. tapi, buat alasan konon-kononnya nak tunggu org paling lambat, padahal aku sendiri pn tak larat. haha... okay, kantoi kat situ. :P.. aritu join panjat gunung ledang, ada org puji. die kata, bagusnye cikgu tu. tunggu budak. hakikatnye, aku sendiri tak larat nak g depan. ikut pace sendiri je... :P

secara jujurnye, duduk di belakang, bawak orang yang sakit kaki, kejang kaki, tak larat, adalah sangat penat. penat memanjat satu hal. penat nak sapot org pn satu lagi. tapi, mungkin ak tak serik kut. dan harap2 takkan serik sampai bila2. bak kata sorg kawan, sy gembira bila dapat buat org gembira.. ;).


p/s: nak challenge duration panjat bukit bendera tahun 2009 aritu. 4 jam setengah?.. gunung dato pun blh 2 jam suku. Insya-Allah, azam tahun 2014 nnt... ;)

Tuesday, September 17, 2013

janji itu

"janji itu dibuat, bukan untuk dimungkiri"

entah kali keberapa post ayat ni. rasa mcm da pernah post. tapi, bila dengar cite dr sorg member ni yg jadi mangsa. hmmm... nk mungkir janji tu satu hal da. tapi, bila janji dimungkiri kerana suatu kepentingan. hmmm lagi... 


Monday, September 16, 2013

Tok Bali, Kelantan

hari keluarga di tok bali, kelantan. pantai mmg best. tapi, bila tak bawak suar lebih tu yg spoil plan nk mandi... perjalanannya? Alhamdulillah. okay. pakai GPS waze. ntah jalan kampung mana die bawak kitorang. tapi, jalan yang singkat. bagus, bagus.. sila try. hehe..


nak kata, enjoy... macam tak jugak. sbb kepala duk pk pasal keje tak siap lagi. ohhhhh...

Friday, September 13, 2013

pengecut

Ramai org perlekeh keje ckgu. kenapa yer? katanya keje ckgu senang. well, aku tak nafikan yg ada kalanya nampak mudah. mudah bila semua keje pn kita lepas tangan... hmmm... *sila terasa bagi yg makan cili*

arini aku jadi penyanyi along with budak atas pentas. hehe... sempena sambutan 1 malaysia. oh, disbbkan aku bkn ckgu sjrah, aku tak terlibat dlm AJK nye. so, preparation utk nyanyi jela. semua 8 unit uniform wajib amk bahagian. yg bossnya org lain. bagi lagu da kat budak suh hafal. aku take turn utk berlatih ngn budak on 2nd week cz week pertama aku g aktiviti kat luar.

alih2, pada hari jadinya, budak lari. sketsa di awal persembahan hampir terencat. cz penjajah yg sepatutnya berlakon, melarikan diri. YES! ini yg kita panggil PENGECUT! sbg ckgu, of course, aku marah. tapi, cuba kita letakkan diri kita sbg budak tu. berani kah kita?...

oh, tak lupa jugak. cikgu pun ada yg PENGECUT jugak. siapa? adalah org itu. disuruh menyanyi, die lari. klo cmni la gaya ckgunye, takleh gk nk salahkn budak yg lari tu. sama je. so, dengan meluapnya rasa nk marah dalam diri, elok je budak abes dengan sketsa silat + penjajah, aku n sorang lagi ckgu masuk. aku suka utk panggil cikgu siti. suara die sedap. mendayu-dayu. yerr.. aku tau yg sora tu aurat. tp, cube pahamkan aku. mcm mana aku nk buat? niat cuma satu. get over with it. tak kisahla dpt nombor brpe pun.

atas pentas tu jangan cakapla. lirik hebat. masing2 tengok henset. menandakan negara da maju. dijajah oleh teknologi dari negara orang putih. menggigil tu mesti ada. henset pn da mcm kna vibrate da. haha.. dan as usual, otak mainkan peranan. psiko diri sendiri. jangan takut. senyum. dan senyuman yg dilemparkan pada org lain berjaya hilangkan rasa gugup. try lah... berkesan.

p/s: memang seronok lepas tangan. tapi, kesianlah sikit dekat org lain. kata nak susah senang bersama. yer tak?