Tuesday, October 1, 2013

panjat

panjat lagi... hehe...

aktiviti yang paling best utk dibuat. bukan sebab aku terer memanjat. bukan sebab laju. tapi, sebab kepuasan. satu-satunya aktiviti yang aku takyah nak kuarkan duit banyak. takyah nak dengar orang cakap dan bercakap cz masing2 penat. aktiviti yg aku boleh menerawang. fikirkan pasal benda-benda yang indah in order utk lupakan kepenatan memanjat.

disebabkan itu, aku selalu duduk belakang bila time aktiviti memanjat. sambil memanjat, sambil duk berangan. haha.. tapi, buat alasan konon-kononnya nak tunggu org paling lambat, padahal aku sendiri pn tak larat. haha... okay, kantoi kat situ. :P.. aritu join panjat gunung ledang, ada org puji. die kata, bagusnye cikgu tu. tunggu budak. hakikatnye, aku sendiri tak larat nak g depan. ikut pace sendiri je... :P

secara jujurnye, duduk di belakang, bawak orang yang sakit kaki, kejang kaki, tak larat, adalah sangat penat. penat memanjat satu hal. penat nak sapot org pn satu lagi. tapi, mungkin ak tak serik kut. dan harap2 takkan serik sampai bila2. bak kata sorg kawan, sy gembira bila dapat buat org gembira.. ;).


p/s: nak challenge duration panjat bukit bendera tahun 2009 aritu. 4 jam setengah?.. gunung dato pun blh 2 jam suku. Insya-Allah, azam tahun 2014 nnt... ;)

No comments:

Post a Comment